Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Selasa, 23 Mac 2010

NGO


Pihak Utarafm mempelawa mana2 badan NGO atau orang perseorangan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti kemasyarakatan untuk berkongsi bahan sekali gus disiarkan di radio online Utarafm dalam segmen 'Tak Kenal Tak Cinta'. Pihak-pihak berminat bolehlah berhubung dengan kami di email diariybutarafm@yahoo.com. Sekian. Terima kasih. Pengendali Segmen

Khamis, 18 Mac 2010

DIARI YB

Aldusuni


Dj. Rumputt
Penerbit Utara fm


Dj. PP

Kepada warga pendengar Utarafm yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kesetian yang berterusan kepada Utarafm selama ini, sempena ulang tahun pertama Utarafm dinobatkan sebagai radio rasmi gabungan NGO negeri Sabah, kami kalungkan ucapan terima kasih kepada anda sebagai tanda penghargaan kami kepada anda. Kerana andalah sebenarnya yang paling hampir dengan kami dan selayaknya kami nobatkan anda sebagai pencetus sumber dalam SUARA KAMI SUARA MEREKA.

Dalam perancangan, pihak pengurusan Utarafm yang diterajui DJ RUMPUTT selaku penerbit dan pengawal siaran keseluruhannya telah bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan segmen khas berjudul DIARI YB. Segmen yang berteraskan moto Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan sebagaimana yang digagaskan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perjuangan membangunkan negara akan disiarkan sempena tarikh ulangtahun Utarafm yang pertama iaitu pada 25 Julai 2010 ini..

Sebagai menyahut salah satu objektif penubuhan Radio Online Utarafm iaitu sebagai sumber informasi, adalah menjadi kewajiban bagi kami menyediakan segmen-segmen yang memberi manfaat pada seluruh pendengar. Dalam segmen DIARI YB ini bakal ditampilkan aktiviti-aktiviti semasa wakil-wakil rakyat di negeri Sabah bersama rakyat. Diharapkan agar mereka akan lebih dekat dengan pendengar dan rakyat kerana pasti masih ramai di kalangan pendengar yang tidak mengenali pemimpin-pemimpin ini ssecara dekat terutama sekali golongan remaja .

Antara pengisian segmen ini nanti ialah Tak Kenal Maka Tak Cinta, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan 1Malaysia. Segmen ini akan diterbitkan oleh DJ Rumputt, dikendalikan oleh DJ Aldusuni dan dibantu DJ PP sebagai Perantara. Kepada semua pendengar setia, anda boleh bersama segmen ini sekali dalam seminggu. Segala cadangan dan pandangan berkaitan segmen ini, bolehlah diemilkan ke alamat alfateh_one@yahoo.com.

Sabtu, 27 Februari 2010

Bersama Mantan PM



Detik manis utara fm bersama Mantan PM pada 25hb Julai 2009
( Pelancaran Utara Fm )

Khamis, 18 Februari 2010

Bual Bicara Bersama AHA

Bual bicara bersama ustaz Abdul Halim Abbas (AHA) akan berlangsung petang ini 19 Februari 2010 di radio onlinbe sabahan Utarafm; http://utarasabah.net jam 4 -6pm dalam segmen Dunia Nasyid Anda bersama DJaldusuni. Luangkanlah masa mendengar kupasan buku tulisan AHA bertajuk Menyelesai Masalah dari Kaca Mata Rohani.

Khamis, 4 Februari 2010

Bersama Dj RTM

Dj. SabahFm Bagus Bah; Pn. Hasnah Ibrahim, sempat memberi tips bagaimana menjadi Dj yang baik kepada Dj-dj Utara FM di Karnival Sukan Air, Bongawan 2010

Khamis, 31 Disember 2009

Rabu, 2 Disember 2009

2010


Bermula tahun 2010, insyaAllah segmen ' JANGAN LUPA BAH & IRAMA NASYID ANDA ' akan memuatkan ruangan Jejak Kasih Utarafm dan Soal Jawab Agama. Fokus segmen ini adalah untuk menjadi tali penghubung kepada sanak saudara, sahabat handai yang terputus hubungan dan seumpamanya. Manakala Soal Jawab Agama adalah untuk perkongsian ilmu di samping menjawab kemusykilan2 agama yang timbul.Segala kemusykilan bakal dirujuk kepada pihak2 berkaitan, insyaAllah. Kedua-dua ruangan ini dicadang akan dibuat sekali dalam seminggu. Jika ada cadangan dari pendengar untuk segmen ini, sila emailkan ke pihak pentadbir utarafm atau ke alfateh_one@yahoo.com

terima kasih.

Ahad, 22 November 2009

Pesta Jagung





Kehidupan yang sebenarnya adalah apa yang dijalankan oleh seseorang setiap saat

Isnin, 9 November 2009

Bersama W.O.R.M



Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Sabtu, 7 November 2009

Renungan 2



Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka)

Renungan



Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

Rabu, 4 November 2009

Kenangan


Sejuta terima kasih buat Pak Lah yang telah banyak membantu usaha-usaha menaik taraf surau-surau di Tandek, Matunggung, Ranau dan Sandakan. Kesemuanya telah diurus semampu saya. Terima kasih juga kerana telah melancarkan Utara FM di Rest House, Lohan . Jasamu akan sentiasa diabadikan dalam doa dan sujud. Hanya ini hadiah yang mampu saya beri.

Utara Fm

Kepada semua rakan-rakan komuniti, kami ingin memohon sumbangan anda untuk memantapkan komuniti ini dengan memberikan sumbangan bagi membantu membiayai pelbagai perkara berkaitan 1SABAH dan Utara.FM. Jika anda ingin membantu, http://1sabah.net/tabung/. Terima kasih kami dahului atas keprihatinan anda.



Isnin, 2 November 2009

Pesta Kubis, Kundasang, Ranau.


' Utara Fm berlintas langsung '


Perjalanan Ana

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

Makluman


Bermula hari ini Blog Bicara Alam bertukar ke Blog DJ Aldusuni. Namun, masih memuatkan gambar-gambar bertemakan alam dan kegiatan Aldusuni di utarafm. Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

Jumaat, 25 September 2009

Benarkah ?


' Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang '

Jumaat, 18 September 2009

Kad Raya


Tanamkan dalam khayalanmu tentang kejayaan dan biarkan dia tertulis dalam hatimu

Isnin, 7 September 2009

Kundasang, Sabah.


Sayangnya keputusan anda dalam rangka, usah meraih kebahagian menjadi pengalaman tersendiri yang menghiburkan.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1861.

Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat. Dan pahala bagi setiap orang yang beramal diberikan sesuai dengan apa yang diniatkannya. Siapa yang hijrah dengan niat kerana hendak memperoleh keredhaan Allah dan RasulNya, maka pahalanya ada di sisi Allah dan RasulNya. Dan siapa yang hijrah dengan niat hendak memperoleh harta kekayaan (kebanggaan duniawi) atau dengan niat hendak mengahwini seorang perempuan yang dicintainya, maka pahala hijrahnya sesuai dengan niatnya pula.