Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Jumaat, 31 Oktober 2008



Kampung Kabimbangan,
Semporna.
" Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautannya menjadi tinta, ditambahkan kepadanya tujuh lautan lagi sesudah keringnya, nescaya tidak akan habis-habisan dituliskan kalimat Allah. Sesungguhnya Allah maha Perkasa lagi bijaksana." Surah Luqman, ayat 27. "































bi

Khamis, 30 Oktober 2008


" Laut, pantai dan ombak adalah kita "

Selasa, 28 Oktober 2008



" LAUT, SAMPAN DAN KEHIDUPAN "

Isnin, 27 Oktober 2008

ketika asyik berjalan banyak kali kita terlupa jalan pulang
lalu kita mencipta pembohongan ' bohong sunat ' pada mereka ...


" Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. "

' SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN '

Khamis, 23 Oktober 2008

'Jair Sulai ' penulis Sabah

" Tidak menulis kecuali dalam bidangnya, tidak mengarang sesuka hati kecuali dia suda memahaminya betul "

Selasa, 21 Oktober 2008



" Jangan biarkan bau minyak wangi menyembur terlalu jauh "

Isnin, 20 Oktober 2008


Jikalau kau baca di malam hari
tahulah kamu cinta itu lain lagi
cinta bukan qasidah arab
yang mengikat sisi-sisi dan timbangan berat

Sabtu, 18 Oktober 2008



" Kg. Popok Laut, Kota Marudu "

Titisan demi titisan air akan menjadi sungai, dirham demi dirham akan menjadi harta melimpah, kertas dengan kertas adalah kitab dan masa demi masa adalah umur.

" KUDAT 2006 "
Mengunakan baju orang lain sebagai topeng penutup muka akan merugikan orang lain dan masyarakat.

Jumaat, 17 Oktober 2008



" Bukalah lembaran-lembaran ilmu setiap waktu supaya bertambah pengetahuan, terbuka cakerawala daripada lorong-lorong kesamaran "

Wayang Merdeka




" Antara Dua Darjat ", sebuah tajuk filem allahyarham P. Ramlee. Ogos 2008, saya berkesempatan ke pustaka P. Ramlee dengan sdr. Yunus. Ternyata P. Ramlee adalah antara manusia genius kerana beliau mampu melontarkan teguran dan nasihat pada manusia yang lupa diri. Tajuk-tajuk filem beliau kini teradaptasi di sekeliling kita. Lihatlah Bangunan gah, melambangkan limpahan wang orang kaya yang membina tabung wang di tepi-tepi jalan. Bagaimana sanggup kita bandingkan dengan pondok buruk mereka yang dihimpit kemiskinan.

Khamis, 16 Oktober 2008

KANTUNGAN BIYABAS

Kampung Kiwawoi, 25km dari Pekan Ranau, Sabah. Untuk sampai ke kampung ini anda boleh menggunakan perkhidmatan kereta sapu atau pawong dalam bahasa Dusun Ranau . Kampung ini dikelilingi bukit-bukau. Ketika malam, anda pasti terasa kedinginan berada di kampung ini dan terpaksa menggunakan selimut tebal untuk menghangatkan badan kerana, kampung ini terletak di lembah GUNUNG KINABALU. Ketika sampai di sini, inilah wajah kanak-kanak yang menyambut kedatangan saya. Senyuman dan penampilan budak kampung ini seolah-olah menyampaikan sebuah harapan agar pohon-pohon Biyabas ( jambu ) yang mereka panjat bertukar menjadi pohon Epal. Bicara alam yang terpacak di sekeliling serta nyanyian cengkerik malam menjadi hiburan mereka di sini. Permainan panjat-panjat pokok, mencari buah-buah hutan adalah perkara biasa yang menjadi rutin harian mereka. kehidupan mereka jauh berbeza dengan budak bandar yang sebahagian besarnya hanya main petik jari atau main call sahaja bila mahu mendapatkan sesuatu. Lihatlah kantungan baju budak kampung ini. Sarat dengan buah Biyabas. Sepenuh itulah harapan mereka menjelang 2020. Tidak sengaja aku terkenang sejarah silamku...

Rabu, 15 Oktober 2008

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1861.

Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat. Dan pahala bagi setiap orang yang beramal diberikan sesuai dengan apa yang diniatkannya. Siapa yang hijrah dengan niat kerana hendak memperoleh keredhaan Allah dan RasulNya, maka pahalanya ada di sisi Allah dan RasulNya. Dan siapa yang hijrah dengan niat hendak memperoleh harta kekayaan (kebanggaan duniawi) atau dengan niat hendak mengahwini seorang perempuan yang dicintainya, maka pahala hijrahnya sesuai dengan niatnya pula.