Bersama anda dalam Segment Irama Nasyid tanah air dan luar negara. Selamat mendengarkan pelbagai irama dan rentak disusuli kata-kata mutiara, terjemahan al-Quran dan hadis ...
Selasa, 23 Mac 2010
NGO
Khamis, 18 Mac 2010
DIARI YB
Kepada warga pendengar Utarafm yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kesetian yang berterusan kepada Utarafm selama ini, sempena ulang tahun pertama Utarafm dinobatkan sebagai radio rasmi gabungan NGO negeri Sabah, kami kalungkan ucapan terima kasih kepada anda sebagai tanda penghargaan kami kepada anda. Kerana andalah sebenarnya yang paling hampir dengan kami dan selayaknya kami nobatkan anda sebagai pencetus sumber dalam SUARA KAMI SUARA MEREKA.
Dalam perancangan, pihak pengurusan Utarafm yang diterajui DJ RUMPUTT selaku penerbit dan pengawal siaran keseluruhannya telah bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan segmen khas berjudul DIARI YB. Segmen yang berteraskan moto Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan sebagaimana yang digagaskan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perjuangan membangunkan negara akan disiarkan sempena tarikh ulangtahun Utarafm yang pertama iaitu pada 25 Julai 2010 ini..
Sebagai menyahut salah satu objektif penubuhan Radio Online Utarafm iaitu sebagai sumber informasi, adalah menjadi kewajiban bagi kami menyediakan segmen-segmen yang memberi manfaat pada seluruh pendengar. Dalam segmen DIARI YB ini bakal ditampilkan aktiviti-aktiviti semasa wakil-wakil rakyat di negeri
Antara pengisian segmen ini nanti ialah Tak Kenal Maka Tak Cinta, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan 1
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1861.
Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat. Dan pahala bagi setiap orang yang beramal diberikan sesuai dengan apa yang diniatkannya. Siapa yang hijrah dengan niat kerana hendak memperoleh keredhaan Allah dan RasulNya, maka pahalanya ada di sisi Allah dan RasulNya. Dan siapa yang hijrah dengan niat hendak memperoleh harta kekayaan (kebanggaan duniawi) atau dengan niat hendak mengahwini seorang perempuan yang dicintainya, maka pahala hijrahnya sesuai dengan niatnya pula.